*PENYOKONG ESPIRANZA*

*LINK EXCHANGED*


MINAT BUKA KEDAI RM2?

Dapatkan Tips Kedai RM2 Dengan Menjadi Subscriber Kami
Name:
Email:
ListWire - Free Autoresponders
click here for your free autoresponder

Wednesday, December 7, 2011

ADAT CUKUR JAMBUL & BERENDOI

Assalammualaikum,

Terasa nak kembali aktif menulis walaupun jadual sangat pack dengan assignment dan test yang menimbun. Bagi Ana, dengan cara menulis dapat buat Ana relax dari kehidupan sebagai seorang pelajar. Yelah, kita tak boleh nak terlalu paksa diri kita menghadap buku 24 jam kan? Even nak stay depan buku tanpa bergerak-gerak untuk 1 jam pun agak susah bagi Ana. Sebab tuh la, kadang-kadang online walaupun esok ada test. Biasalah, semua orang kan ada cara yang tersendiri nak release tension. J

Minggu lepas, family Ana ade buat kenduri cukur jambul untuk the one and only anak buah perempuanku yang tercomel à NURIN FARISYA BT KHAIRUL ANUAR.

ummi dan ayah kepada Isya
atuk mula sebak bila cukur jambul cucu kesayangan

Selalunya, untuk 3 anak buah ana yang lain, hanya majlis cukur jambul jer akan dibuat. Tapi yang menariknya untuk Isya, apabila ada adat berendoi selepas cukur jambul dibuat. UNIK. Itu jer word yang sesuai. Maybe neh first time Ana tengok adat neh kot. Agak kagum dan terpaku disitu. Mula-mula fikir, neh adalah adat Negeri Sembilan yang Ana tak tahu. Rupa-rupanya, ini memang adat resam orang Melayu bukan hanya ada di N9 tapi di negeri-negeri yang lain juga.

video

Seperti yang ada dalam video itu, selepas cukur jambul, Isya terus dimasukkan dalam buaian yang sangat indah dan pinky tuh untuk didodoikan sampai Isya tertidur. Mula-mula, mengamuk jugak Isya, menangis-nangis tak nak tidur. Tapi, baru habis 1 lagu, dah terlelap. Bukan Isya jer yang nak terlelap, tapi ummi dia yang buaikan pun tersengguk-sengguk kepala tahan mengantuk. Acu dia yang dengar makcik-makcik tuh menyanyi+berdikir dalam irama berendoi pun, terasa nak tumpang baring sekali kat situ. >_<

SEBELUM ADAT BERENDOI



SELEPAS 5 MINIT ADAT BERENDOI




(Aqeef yang terlena dalam pangkuan Acu bila ummi dan ayah pergi makan kejap. Senang kerja Acu, tak payah dodoi Aqeef sampai tertidur. Aqeef tumpang jer majlis berendoi Isya. ^_^)

 Tahukah anda, berendoi adalah satu kesenian berunsur Islam.  Untuk melaksanakan upacara ini, tiga atau empat orang akan berdikir atau menyanyi dengan irama berendoi dalam upacara bercukur seorang bayi yang berusia tujuh hari.  Biasanya buaian akan dihiasi indah.  Bayi yang dicukur rambutnya akan diletakkan didalam buaian, dan mulalah nyanyian berendoi yang sarat dengan bait lirik yang memuji Rasullullah.
Adat berendoi atau buai bayi ini dipersembahkan sebagai tanda keriangan atau kesyukuran menyambut kelahiran cahaya mata. Lagu Berendoi atau Dendang Siti Fatimah membawa senikata yang memuji junjungan Nabi Muhammad saw, menceritakan perihal susah payah ibu mengandung dan melahirkan anak, selain juga nasihat kepada kanak-kanak.
Ada juga senikata yang dicipta kumpulan ini disesuaikan mengikut keadaan semasa.  Antara lagu yang sering didendangkan pada majlis berendoi ialah Tuhan Rabbul'alamin, Anak Dalam Buaian,Ayuhai Anak Cahayamata, Kebesaran Allah dan Aduhai Anak Jangan Durhaka.


           Itu hanya sebagai info tambahan yang di'copy-paste' dari Cik Google. Sebenarnya, banyak lagi adat melayu yang kita sebagai anak muda neh masih tak terokai lagi. Adat yang bukan sekadar adat tanpa punya makna tertentu. Sebagai contoh, adat berendoi ini. Bila anak kecil itu didodoikan dengan lagu islamik dan punya makna yang baik-baik, pasti dapat membina minda anak itu tanpa kita sedari. Ayat-ayat cinta Allah iaitu ayat-ayat Al-quran adalah ayat yang terbaik untuk membina jiwa anak-anak kecil seperti Isya dan juga boleh mengukuhkan ketahanan jiwa untuk insan yang dah dewasa seperti kita.

(p/s: Jangan pernah lupa untuk terus mengkaji adat-adat Melayu, kerana kita adalah pewarisnya.)

2 comments:

Post a Comment

GuaBlog

Oh!Belog






 

COPYRIGHT @ Segalanya Hak Milik ESPIRANZA