*PENYOKONG ESPIRANZA*

*LINK EXCHANGED*


MINAT BUKA KEDAI RM2?

Dapatkan Tips Kedai RM2 Dengan Menjadi Subscriber Kami
Name:
Email:
ListWire - Free Autoresponders
click here for your free autoresponder

Tuesday, April 19, 2011

menjadi baik..~

sesiapa pun boleh memperbaiki diri..
sesiapa pun boleh mengubah diri..
menuju ke arah yang lebih  baik..
perubahan itu tersedia untuk semua orang..

“ Sesungguhnya manusia itu banyak salahnya.Dan sesungguhnya sebaik-baik orang yang banyak salahnya, adalah orang yang banyak bertaubat.” (HR. Tirmidzi).

keputusan untuk menjadi lebih baik hanya memakan beberapa detik..
tapi proses untuk perbaiki diri memakan masa yang panjang..
niat menjadi baik adalah untuk mengenal diri dengan mengenali ALLAH..
dan untuk perbaiki diri..
segalanya bermula dengan meninggalkan semua kemaksiatan..
berpegang teguh dengan kebaikan..
melangkah keluar dari dunia kegelapan..
demi menuju cahaya yang diberi petunjuk oleh ALLAH..
sakit..derita..payah..susah..keliru..janggal..semua dirasai dalam memperbaiki diri..




tak mudah nak menjadi baik..
bila hati tak kuat menghadapi segala dugaan..
tak susah menjadi jahat..
bila hati kosong dan tiada cahaya keimanan..
segalanya bergantung pada niat dalam hati..
segalanya bermula dari hati..
segalanya berakhir dengan hati..
hati memainkan seluruh peranan dalam perubahan ke arah kebaikan di lakukan..
dalam hati seorang manusia..
semuanya menginginkan kebaikan..
kerana hanya kebaikan dapat menenangkan hati yang mencari kekuatan..
perubahan itu dimulakan dengan hati..
hati yang perlu disucikan dengan ZIKRULLAH..
hati yang perlu dijernihkan kembali dengan menghayati AL-QURAN..
hati yang perlu diteguhkan benteng pertahanannya untuk melawan segala DUGAAN..
hati yang perlu di MUHASABAH demi menanam sifat SABAR dalam diri..
kerana hati adalah penawar dan juga racun sekiranya salah digunakan..




semakin nak menjadi baik..
semakin banyak dugaan dan ujian yang mendatang..
hanya untuk menguji sejauh mana keteguhan iman..
hanya untuk menduga seikhlas mana hati mencari nur-Nya..
andai hati tak punya kekuatan..
itu lah punca kegagalan perubahan diri..
sedetik hati berkata..
betapa sukar menjadi baik pada mata umum..
betapa terbeban diri untuk memenuhi keinginan umum..
betapa payah untuk memuaskan hati yang memandang dan menilai diri tanpa memahami..
segala tindakan..segala perlakuan..segala perbuatan..segala percakapan..
harus dijaga dengan rapi....
supaya fitnah dan salah faham tidak timbul..
sehingga hati menangis sendirian..
kerana hati ini tak terjaga demi menjaga hati-hati yang sedang menilai tahap perubahan diri..
yang mencari dan terus mencari kelemahan diri..
andainya mereka mampu mendengar suara hati yang berlagu pilu..
andainya mereka mampu memahami bahawa hati ini.. 
mengharap kekuatan dari mereka untuk terus bertahan dengan perubahan ini..
andainya mereka mampu mentafsirkan gejolak jiwa..
yang mengharap bimbingan bukannya menuding jari atas kesalahan yang dilakukan..
pasti mereka mengerti rahsia yang tersembunyi dalam hati..
apa yang mampu dilakukan adalah..mengutamakan pandangan ALLAH dari pandangan orang lain..
kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI segala-galanya..


MUJAHADAH..
perkataan yang sinonim dengan perubahan diri..
berjuang dan berperang melawan musuh batin iaitu nafsu..
untuk mengatasi kelemahan diri..
untuk mencapai keredhaan ALLAH..
gagalnya proses perbaiki diri dan menjadi baik..
pabila gagalnya diri untuk bermujahadah..
jalan mujahadah itu pahit..
kerana syurga itu manis..
ketika ini..mengajar diri untuk bermujahadah..
ketika ini..mengajar diri untuk bersabar dalam bermujahadah..
ketika ini..mengajar diri untuk teguhkan pendirian untuk bermujahadah..
hanya mampu memohon pertolongan ALLAH..agar diri tidak rebah di pertengahan jalan..

Syekh Imam Al-Ghozali Berkata :
‘‘Mujahadah adalah kunci hidayah tidak ada kunci untuk memperoleh hidayah selain Mujahadah'' 



ISTIQAMAH..
berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun..
istiqamah adalah cabaran terbesar dalam perbaiki diri..
kerana untuk mengekalkan perubahan diri itu adalah amat sukar..
banyak halangan yang dirasai untuk kekal istiqamah di jalan ALLAH..
halangan datang dari diri sendiri..
yang lemah semangat..mudah mengalah..dan malu untuk berubah kerana kata-kata yang didengar..
halangan yang datang dari persekitaran..
pengaruh dan suasana yang tidak sesuai untuk perubahan diri..
namun..hati sentiasa bermuhasabah untuk terus kekal di jalan ALLAH..
semangat yang kukuh untuk mengekalkan istiqamah dalam hati..

Seorang sahabat Rasulullah, Sufyan bin Abdullah (RA) bertanya kepada beliau SAW: "Ya Rasulullah, ajarkanlah padaku sesuatu tentang Islam yang aku bisa mendapatkan jawabannya hanya darimu." Beliau SAW menjawab: "Katakanlah 'Amantubillah' (Aku percaya sepenuhnya kepada Allah), dan beristiqamahlah (berusaha tetap berada dijalan-Nya)."
( HR Muslim )



(p/s: hari demi hari dilalui menandakan waktu untuk kita di muka bumi ini kian singkat..perubahan perlu dilakukan untuk persediaan di alam sana..bersediakah kita menghadapinya andai ajal menjemput 5minit dari sekarang?renungkan bersama mengapa kita perlu menjadi lebih baik..kata yang menjadi pegangan diri kini adala.."hari ini akan dipastikan menjadi lebih baik dari semalam")



            

10 comments:

Post a Comment

GuaBlog

Oh!Belog






 

COPYRIGHT @ Segalanya Hak Milik ESPIRANZA