*PENYOKONG ESPIRANZA*

*LINK EXCHANGED*


MINAT BUKA KEDAI RM2?

Dapatkan Tips Kedai RM2 Dengan Menjadi Subscriber Kami
Name:
Email:
ListWire - Free Autoresponders
click here for your free autoresponder

Saturday, November 27, 2010

KESAN MENINGGALKAN SOLAT!!

sebagai perkongsian bersama..
juga ingatan untuk diri sendiri..
zaman moden dan serba canggih sekarang..
ramai yang memandang remeh tentang pengurusan dan perlaksanaan solat..
sering kali seribu alasan diberi kerana meninggalkan solat..
ada jua yang memang sengaja meninggalkan solat..
hanya kerana kita tidak nampak dosa yang kita pikul hari ke hari kerana meninggalkan solat..
semakin ramai yang berani melanggar perintah ALLAH S.W.T..
andai kata dosa itu boleh kita lihat..
sudah pasti tidak ada yang melambatkan solat..
apatah lagi berani meninggalkan solat..
kerana takut akan seksaan ALLAH..

Siksaan ketika hidup di dunia
  1. Allah mengurangan keberkatan umurnya.
  2. Rezekinya disempitkan oleh Allah
  3. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam
  4. Hilang cahaya soleh dari wajahnya
  5. Amal kebajikan yang dilakukannya lansung tidak diberi pahala
Siksaan Ketika Sakratul Maut
  1. Ia akan menghadapi Sakratul Maut dalam keadaan hina
  2. Matinya dalam menderita kelaparan
  3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.
Siksaan Ketika dalam Kubur
  1. Allah akan menyempitan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.
  2. kuburnya akan digelapkan
  3. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

Siksaan Ketika berada di Akhirat
  1. Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang mahsyar oleh Malaikat
  2. Allah tidak akan memandangya dengan pandangan belas kasihan.
  3. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.

Nisbah dosa meninggalkan sembahyang

Subuh : akan disiksa selama 60 tahun di dalam Neraka (bersamaan 60,000 tahun dunia)

Zuhur : Dosanya seperti membunuh 100 jiwa orang Islam.

Asar : Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib : Dosanya seperti dia berzina dengan ibu (bagi lelaki) atau ayahnya (bagi perempuan)

Isyak : Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah dan digesa agar ia mencari bumi yang lain.







Akibat Meninggalkan Solat
  1. Ada manusia yang dibangkit di hari akhirat dengan wajah seperti seekor babi sebab dosa tidak bersolat dan mempermudahkannya.
  2. Ada yang dibangkit perut buncit sebesar gunung besar yang didalam perut ada ular sebesar keldai siksaan bagi yang tak keluarkan zakat.
  3. Ada yang dibangkit di akhirat keadaan mulut mereka mengeluarkan darah disebabkan menipu dalam urusan jual beli.
  4. Ada yang dibangkit dengan keadaan badan bengkak-bengkak dan berbau busuk seperti bangkai, ini kerana orang alim sembunyikan yang benar dan tak tegur kesalahan penguasa.
  5. Ada yang dibangkit dari kubur keadaan halkum mereka terputus-putus kerana suka berdusta dan sumpah palsu.
  6. Ada yang dibangkit dari kubur lidah dan mulut mereka mengeluarkan muntah kerana menghalang atau melarang orang jadi saksi.
  7. Ada yang dibangkitkan dalam keadaan kepala ke bawah, kaki ke atas, kemaluan ditusuk besi panas hingga bernanah akibat perbuatan zina.
  1. Ada yang dibangkit dari kubur dengan muka yang hitam, mata berwarna biru kotor, perut dipenuhi api kerana makan harta anak yatim.
  2. Ada yang dibangkit di akhirat dengan keadaan badan penuh kudis, sopak dan kurap kerana mendurhakai ibu bapa.
  3. Ada yang bermata dan bergigi seperti tanduk lembu, bibir melepasi paras dada serta lidah terjulur, mulut keluarkan benda kotor sebab suka minum arak.
  4. Api neraka dinyalakan 1000 tahun hingga jadi merah, dipanas 1000 tahun lagi hingga jadi putih, dipanas 1000 tahun lagi hingga jadi hitam.
  5. Jika orang yang dalam neraka jahanam atau ahlinya dikeluarkan tangannya sahaja nescaya dunia akan terbakar kerana panasnya.
  6. Ahli neraka diazab dalam keadaan tidak hidup dan tidak mati bertempik kesakitan.
  7. Api neraka memakan muka-muka ahli neraka hingga muka mereka tidak berdaging.
  8. Badan ahli neraka dibesarkan, gigi mereka sebesar bukit uhud, kulit mereka setebal 3 hari perjalanan, dan punggung mereka selebar Mekah ke Madinah.
  9. Makanan dalam neraka adalah darah, nanah, air tembaga, minyak mendidih, buah zakkum berduri seperti kepala syaitan tersumbat dikerongkong meletup dan membakar.
  10. Pakaian ahli neraka baju daripada api neraka dan disiram di kepala dan badan dengan air mendidih serta air lelehan tembaga dan tar.
  11. Neraka jahim seksanya dituang air mendidih di kepala hingga tembus perut meleleh keluar dari tapak kaki.
  12. Seringan-ringan siksa manusia diazab ialah seorang itu dipakaikan sepasang kasut daripada api neraka , mendidih otaknya sebagaimana mendidih air dalam periuk.
  13. Azab untuk menghina ahli neraka dengan menompokkan azab dan bakaran api di muka sehingga mereka menjadi buta, tuli , bisu dan pekak.
  14. Ahli neraka diseret dalam keadaan lehernya dirantai , muka tersembam merentasi air panas mendidih terus membawa ke dalam api neraka.
  15. Seksa penyesalan penghuni neraka menangis hingga keluar darah dan air mata. Banyaknya air mata sehingga dapat membuatkan kapal terapung.
  16. Semua isi perut yang di azab terburai keluar dan dipaksa berjalan berkeliling mengheret perut seperti keldai menarik sebuah jentera.
  17. Neraka jahanam mempunyai 70 ribu rantai dan setiap rantai itu ditarik oleh 70 ribu malaikat.
  18. Bahan baker api neraka terdiri daripada manusia dan jin yang mendiami neraka dan batu-batu serta patung-patung yang menjadi sembahan d dunia.
  19. Sekiranya sebuah batu besar dilempar ke dalam neraka, ia akan sampai ke dasarnya setelah 70 tahun perjalanan.
  20. Api dunia yang membakar adalah se pertujuh puluh bahagian dari api neraka.
  21. Neraka bernafas dua kali setahun , di musim dingin dan panas, itu sebabnya sangat dingin di musim sejuk dan panas di musim panas.
  22. Orang-orang yang ego dan sombong di dunia nanti di akhirat nanti akan dipijak oleh manusia sebagaimana manusia terpijak semut.
  23. Orang yang memiliki harta-harta serta binatang seperti kambing dan lembu, kalau tidak membayar zakat, harta dan binatang ini akan datang dalam bentuk gergasi menghempap dan memijaknya


"dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) 
dengan jalan SABAR dan mengerjakan SOLAT,
 dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat 
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
[2:45]



[p/s: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "sesiapa yang memelihara solat..maka solat itu CAHAYA baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) ]

0 comments:

Post a Comment

GuaBlog

Oh!Belog






 

COPYRIGHT @ Segalanya Hak Milik ESPIRANZA